Tuesday, April 3, 2012

Istiqamah-better late than never

Assalamualaikum,
Lama sungguh la saya tak online..bukan tak online terus, FB ada, Twitter sepanjang msa kut..cuma tang blogging ni malas nya, masyaAllah!

Inilah masalahnye kalau mudah terpengaruh sangat..orang nak buat blog kartun, nak buat jugak. Orang nak buat blog makan, nak buat jugak..dah mudah terpengaruh tu satu crite la, yang jenis semangat tinggi gila pastu beransur2 pudar sampai tak bersemangat lansung pun, saya jugak la tu. Dah sudahnye tak kemana.

Tu pasal blog2 lain berjaya, kita dok sinii lagi..tak bergerak2

Blog conteng-conteng dah siap boleh keluar buku dah..hoh! Aku memang tak sampai lah..

Tapikan, cerita pasal istiqamah ni, memang lah susah tapi bende itulah yg memangkinkan kejayaan kita..masa sy dan kawan2 attend talk daripada Productive Muslim (yang sangat best), diorang ada bagi tips untuk istiqahmah seperti buat sesuatu kerana Allah, kuatkan diri untuk terus ikut dan sebagainya..tapi yang paling menarik dia kata, untuk lebih kuat kuasa istiqamah tu, masa TAK NAK buat tu la kita BUAT,.

Masa malas jog tu la kita kuatkan diri turun jog..hahaha..baru power!

Talking about starting late, there is no things like too late. Just do it or you will miss it. Wah gitu! cakap omputih :p. Ada nenek umur 86 tahun is doing great in gymnastic. 86 years old guys. And she only started when she was in her 20s. So..istaqamah is the key. And passion.

more info at http://www.kissfmseattle.com/pages/danielle_page.html

Alhamdulillah, so far benda bermanfaat yang saya boleh istiqamah setakat ni jog in the evening. Keliling tasik or UIA. Dua dua best :)

Saya dan Jaja join Fit For Fun...sila jangan tanya dapat nombor berapa..malu!


Tu pasal walaupun masa sekarang saya malas post entry, saya masuk dan post jugak entry..sebab saya nak istiqamah dan saya ssaaaayang blog saya :) dan pembacanya :)

Eh, dah nak kol 6 la..ok lah..nak jog :) nanti kita chit chat lagi :

Tuesday, August 23, 2011

not really an entri but better than none

Ada satu ketika dalam hidup aku, aku gila update entri untuk blog. Believe it or not aku boleh buat 3 entries dalam satu hari. Macam waktu makan la pulak. Breakfast, lunch and dinner. Those time, aku tak percaya aku akan sangat malas untuk post entri.

4 months later................

Aku sangat malas update. I even hate to type..I dont even make posts about my graduation from intership, puasa, Hari Raya or driving license.

Did i said driving license? and how i beg the JPJ officer..shamelessly?

hah! next entry would be on my pursuit to driving license..

Sunday, June 19, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang lain dah..

Sebelum bukak cerita, Al-Fatihah buat arwah Zami Ismail a.k.a Pak Uda yang meninggal dunia pagi ini di IJN.

Aku tak pernah ingat dalam hidup aku, masa aku kecik ..kalau malam Sabtu, kitorang tak layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pergi pasar malam,beli burger dan coconut shake. Balik rumah dan bukak makanan masing-masing depan TV, dan layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sambil makan. Diikuti dengan rancangan HMI (Hiburan Minggu Ini). Kalau korang umur ala-ala 20-an, mungkin korang share childhood moment macam aku jgk. Which brings you to our next point. Korang mesti kenal Pak Uda. Kalau tak, samaada korang dibesarkan di Africa ataupun korang ikot parents korang ke Papua New Guine. Lainnye, tiada maaf bagimu..

Satu bende yang aku ingat tentang Pak Uda selain daripada ketinggian yang tak berapa tinggi ialah,beliau mesti pakai baju salah butang! korang tak perasan? Kitorang perasan :) Mak aku, kalau aku atau abah atau sapa2 je pakai baju, tersalah butang..laju je die bagi " eh, bakpo pakai baju macam Pak Uda nih??"

Setiap yang hidup mesti menghadapi mati. Pak Uda pada usia 67 tahun disebabkan pelbagai komplikasi jantung. Aku sepatutnya tahu lebih banyak la tentang Pak Uda kalau aku browse kat internet tapi tak. Seciput je aku dapat. Yang aku tahu, beliau pernah menang anugerah Pelakon Komedi Terbaik FFM -9 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM -11.

Walau filem apa pun beliau diberi pengikhtirafan, pada aku, Pi MAi Pi MAi Tang Tu adalah sitcom,series yang paling cemerlang yang aku pernah tonton. So light,sinical and everything to make a sitcom work. Dan aku 'pretty sure' yang Pak Uda adalah tulang belakang kepada sitcom ini.

Dan aku bangga mengetahui hingga akhir hanyatnya, dia tidak dipersiakan dan masih melakukan sesuatu yang masih digemarinya, berkomedi. Terima kasih Mamat Khalid. Watching Zombie Kampung Pisang dan Hantu Mak Limah Balik Rumah will never be the same again.

Pak Uda dalam Shh..Dia Datang.. Aku boleh pilih gambar passport beliau, gambarnya di perkuburan. Tapi aku nak tengok gambarnya yang aku masih boleh gelak waalupun beliau sudah tiada. Aku harap korang pun sependapat dengan aku :)

Fun fact:
1. Flat Sri Wangi sebelum ini adalah Kampung Sri Wangi.
2.PMPMTG suatu ketika dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.
3. PMPMTG pernah diadakan dalam versi musical pada tahun 2006.

Kelasss..siott!
Sekali lagi, Al-Fatihah buat Allahyarham dan salam takziah buat keluarga allahyarham..

                        

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails